SELAMAT DATANG KE BLOG INI.
Blog baru ini telah dikemaskini dari blog asal Rahsia Kita.

Ahad, Februari 13, 2011

Selamat Datang

ke
RAHSIA KITA



iye..rahsia kita. Bicara soal hati dan perasaan dalam puisi, coretan dan juga pantun. Bermain dengan kata-kata untuk meluahkan apa yang difikir dan apa yang dirasa atau apa sahaja. Bisikan hati yang mungkin tak kunyatakan padamu..

Selamat melayari Rahsia Kita, rahsia sekeping hati.Terima kasih kerna sudi singgah di blog ini.





Selasa, Februari 08, 2011

Indahnya Cinta


Indahnya cinta bila saling memahami dan menyayangi..
Indahnya hidup bila saling memerlukan dan melengkapkan..
Indahnya dunia bila diterima dan dihargai..
dan alangkah indahnya bila tetap utuh berpaut pada 'tali' Illahi.


Itulah Harapanku...itulah Doaku...






Orang Yang Menyintai Kita

1. Orang yang menyintai kita tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia menyintai kita. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kita satu-satunya.

2. Walaupun kita sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kita bahagia dan kita tetap menjadi impiannya.

3. Orang yang menyintai kita selalu menerima kita seadanya, di hati dan matanya kita selalu yang tercantik atau yang tertampan, walaupun kenyataannya kita ada kurangnya dan tidak begitu.

4. Orang yang menyintai kita selalu ingin tahu tentang apa sahaja yang kita lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kita, kalau boleh dia ingin turut serta.
5. Orang yang menyintai kita akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’, 'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain lagi, walaupun kita tidak membalas SMS-nya. Kiriman SMS itulah cara dia menyatakan cintanya, perhatian yang istimewa kepada kita. Dia mungkin tidak mengungkapkan kata ‘I Love You’, ‘Saya Cinta Awak’ atau kata-kata manis dan indah seumpama itu.

6. Jika kita menyambut hari ulangtahun kelahiran dan kita tidak mengundangnya ke majlis yang kita adakan, dia akan mengirimkan hadiah, setidak-tidaknya dia akan menelefon atau mengirimkan SMS untuk mengucapkan selamat khas buat kita.

7. Orang yang menyintai kita akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia telah lalui bersama kita, mungkin kejadian yang kita sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu adalah sesuatu yang berharga baginya. Waktu itu matanya pasti berkaca, hatinya menjadi sebak kerana saat bersama kita itu tidak akan selalu terjadi dan mungkin tidak akan berulang lagi.

8. Orang yang menyintai kita selalu mengingati setiap kata-kata yang kita ucapkan, mungkin kata-kata yang kita sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Dia menyematkan kata-kata yang pernah kita ucapkan di hatinya. Entah berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kita tuturkan padanya, kita tidak pernah mengira, kita tidak pernah ambil tahu. Sama ada kita sengaja atau tidak, kita sering melukai hatinya, mungkin telah menghancurkan cintanya. Kita pasti telah lupa, tetapi tidak orang yang mencintai kita.

9. Orang yang menyintai kita akan selalu ingin tahu dan belajar menggemari apa jua kegemaran kita. Kalau boleh dia ingin lebih banyak tahu mengenai sesuatu kegemaran kita, agar dia dapat sama menikmati kegemaran itu. Menjadi pendorong, pengkritik dan penasihat kita. Dia ingin lebih rapat dan dekat dengan kita melalui kegemaran itu. Dia ingin menjadi seseorang yang paling hampir di hati kita, menjadi teman. Sebenarnya dia ingin dirinya ada dan terlibat dalam kehidupan kita, hati kita. Kesukaan kita akan menjadi kesukaannya juga. Walaupun sukar meminati kesukaan atau kegemaran kita, tapi akhirnya dia berjaya.

10. Kalau kali terakhir kita bertemu dengannya, kita mungkin sedang sakit atau kurang sihat. Dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kita kerana dia merasa bimbang tentang kita, dia mengambil berat tentang kita.

11. Jika kita mengatakan akan menghadapi ujian, temuduga atau akan melalui hari yang penting, dia akan bertanya bila ianya akan berlangsung. Saat harinya tiba, dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ dan cuba mengingatkan kita apa-apa perkara yang perlu, sesuai dengan tujuan kita. Dia juga memberi semangat kepada kita.
12. Orang yang menyintai kita akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kita ianya sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa. Dia mahu kita menyimpan atau memakainya dan dia merasa puashati atau bangga kerananya.

13. Orang yang menyintai kita akan terdiam sesaat, ketika kita sedang bercakap di telefon dengannya. Kita merasa hairan, kita mungkin bertanya mengapa dia hanya membisu. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup atau terlalu gembira kerana dapat mendengar suara kita dan bercakap dengan kita, walaupun hanya di telefon. Dia menjadi pendengar yang setia, mungkin hanya menjawab dan bercakap yang perlu dan pendek sahaja.

14. Orang yang men yintai kita selalu ingin berada dekat dengan kita dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kita.

15. Jika kita harus berpindah tempat belajar, berpindah tempat kerja atau berpindah tempat tinggal ke daerah lain, dia akan selalu memberikan nasihat atau pesanan agar kita sentiasa menjaga diri dan berhati-hati dengan persekitaran baru itu. Jauh didalam hati, dia sebenarnya takut kehilangan kita seperti pepatah ‘jauh di mata, jauh di hati’.

16. Orang yang menyintai kita bertindak sebagai saudara kita lebih daripada bertindak sebagai seorang kekasih.

17. Orang yang menyintai kita sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon atau menghantar SMS kepada kita banyak kali dalam masa sehari, tanpa mengira waktu, siang mahu pun malam. Sebenarnya dia ingin kita tahu dia sedang mengingati kita, memikirkan kita.

18. Orang yang menyintai kita kadang-kadang merindukan kita dan melakukan pekara yang membuat kita merasa terganggu kerananya. Ketika kita menyatakan kita terganggu dengan tindakannya, dia segera memohon maaf dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi tapi kenyataannya dia selalu memungkiri janji itu.

19. Jika kita memintanya dia untuk mengajarkan kita sesuatu, maka dia mengajar kita dengan sangat sabar walaupun kita mungkin orang yang terbodoh di dunia! Dia begitu gembira kerana dapat membantu kita. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kita, menangguhkan permintaan kita juga cuba dielakkannya. Walau sesukar mana permintaan kita, dia tetap mahu mencuba dan berusaha kerana dia tidak mahu menjadi ‘kecil’ di mata kita.

20. Kalau kita melihat telefon bimbitnya, SMS dari kita yang paling banyak disimpannya. Dia menyimpan SMS tersebut dan berulangkali membacanya, tanpa rasa jemu. Dia juga mungkin menyimpan gambar kita, barang pemberian dari kita atau apa sahaja yang berkaitan dengan kita seperti menyimpan tiket menonton wayang yang telah kita tonton bersama dengannya.
21. Jika kita cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan berusaha untuk mendapatkan kembali perhatian dari kita tapi jika kita bertegas dan terus-terusan menolaknya, dia menjauhkan diri dan mungkin akan menghilangkan dirinya dari pandangan kita dan dari kehidupan kita. Dia ingin kita tetap gembira dan bahagia walaupun hatinya sendiri hancur terluka oleh kita.

22. Jika suatu saat kita merindukannya dan ingin memberinya kesempatan, dia masih tetap menunggu kita kerana sebenarnya dia tidak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kita.

23.Orang yang begitu menyintai kita, tidak pernah memaksa kita memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui. Dia tidak mahu kita terbeban dengan karenahnya. Saat kita pinta dia pergi, dia berlalu tanpa menyalahkan kita, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

Kita Juga Perlu Tahu

Bila kita bercinta, kita selalu ingin keindahannya. Kebahagiaan selalu menjadi harapan kita. Namun cinta yang indah itu tidak datang begitu sahaja. Kita perlu memupuknya, kita perlu membinanya dan kita berusaha mendapatkannya. Kita jua perlu tahu PETUA dan caranya. Kita perlu belajar, kita perlu ada ilmu tentang cinta.

Petua Cinta Dato Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah

1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.
4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.

8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.

10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).

14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.

15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.

20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.

21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.

22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.

23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.

24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.

25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.

26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.

27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.

28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.

29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan,
nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.

30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.

31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.

32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.

33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.

34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.

35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.

36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.

37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.

38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.

39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.

40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.

41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.

42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.

43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.

44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.

45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.

46. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.

47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.

48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.

49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.

50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.

51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.

52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.

53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.

54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.

55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.

56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.

57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.

58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya Kenapa dia marah, dengarkan dengan teliti dan jangan komen atau cuba memberi nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.

59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya kenapa dia marah. Tunjukkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan berikan masa untuk dia merawat dirinya sendiri.

60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.


Bicara Tentang Cinta



Jika kita menyintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita. Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta…

Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika anda masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika anda masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan anda tidak mencintainya lagi jika anda masih tidak dapat melupakannya.

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun dirinya telah dikecewakan. Kepada orang yang masih percaya, walaupun dirinya telah dikhianati. Kepada orang yang masih ingin mencintai, walaupun dirinya telah disakiti sebelumnya dan kepada orang yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga si dia meninggal dunia, lantaran akhirnya anda terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta anda kepada si dia ketika si dia masih ada.

Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.

Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu menjadi emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.

Sungguh menyakitkan bila anda mencintai seseorang yang tidak mencintai anda, tetapi lebih menyakitkan jika anda mencintai seseorang dan anda tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cinta anda kepada si dia.

Seandainya anda ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis atau jejaka, ibaratkanlah ia seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala anda mencium harum mawar tersebut tetapi kadangkala anda terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika anda bertemu seseorang yang sangat bererti bagi anda. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan anda harus membiarkannya pergi.

Kadangkala anda tidak menghargai orang yang mencintai anda sepenuh hati, sehinggalah anda kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi.

Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi kiranya anda benar menyintainya setulus hati.

Rasa percintaan lebih pahit dari hempedu .Teman percintaan ialah sayu dan pilu, namun demikian, dara dan teruna tetap berpusu-pusu terjerumus ke dalamnya kerana dianggap seperti lautan madu.

Hati-h ati dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta palsu.

Berkemungkinan apa yang anda sayangi atau cintai tersimpan keburukan di dalamnya dan berkemungkinan apa yang anda benci tersimpan kebaikan di dalamnya.

Cinta kepada harta ertinya bakhil, cinta kepada perempuan ertinya alam. Cinta kepada diri ertinya bijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup dan cinta kepada Allah ertinya takwa.

Lemparkan seorang yang sedang bahagia dalam bercinta ke dalam laut, pasti ia akan membawa seekor ikan. Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti, pasti ia akan mati kelaparan.

Seandainya anda dapat berbicara dalam semua bahasa manusia dan alam, tetapi tidak mempunyai perasaan cinta dan kasih, diri anda tak ubah seperti lauk yang tawar tak bergaram.

Cinta adalah keabadian.. dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dialami. Siapapun pandai menghayati cinta tapi tiada siapa yg pandai menilai cinta kerana cinta bukan objek yg boleh dilihat oleh mata kasar. Sebaliknya cinta hanya dapat dirasai melalui hati dan perasaan.

Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang anda cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang anda inginkan. Jika tidak, anda hanya mencintai pantulan diri sendiri yang anda temukan di dalam dirinya.

Anda tidak pernah tahu bila anda akan jatuh cinta. Namun apabila sampai saatnya, raihlah ia dengan kedua tanganmu. Jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya.

Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.

Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.

Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir. Cinta sesuatu yg mengasyikkan, ia boleh membuat kita hilang kewarasan fikiran. Cinta juga sebenarnya indah jika pandai menghayatinya. Sebaliknya cinta boleh jadi racun jika tersalah tempat.

Anyamlah buih-buih di laut demi membuktikan cinta yang suci tanpa menodai keaslian pantai itu. Cinta sebenarnya tidak buta. Cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan diperlukan.

Cinta Terbahagi Dua

Cinta sebenarnya terbahagi kepada dua.(bukan di belah bahagi dua, taw..) Ada Cinta Hakiki dan ada Cinta Terbatas.

1.Cinta yang terbatas.
Cerita cinta yang terbatas dulu ye. Cinta kepada diri sendiri, cinta sesama manusia, cinta kepada sesuatu. Cinta seperti ini ada hadnya. Apa lagi cinta yg tak menjurus kepada cinta yang hakiki.

Contohnya: Cinta sesama insan antara lelaki dan perempuan. Memang dah Allah jadikan perasaan sayang dan cinta antara lelaki dan perempuan ini sebagai lumrah kehidupan. Tapi Islam datang dengan membawa batas-batas kepada manusia. Sebab Allah tahu kekuatan dan kelemahan manusia, dan diletakkan batasan itu supaya manusia itu tidak rosak. Sebab itu adanya perkahwinan itu, supaya manusia dapat menyalurkan ke tempat yang sepatutnya.

2. Cinta hakiki(mutlak)Cinta hakiki ini adalah cinta kepada Allah dan Rasulullah lebih dari segala-galanya. Seorang alim pernah berkata, "Cinta hakiki ini adalah seperti seekor burung. Dua kepaknya adalah takut dan harap, dan diantaranya (badannya) adalah cinta. Maka kedua-dua ini menerbangkan kita kepada Allah".
Jadi, untuk cinta itu, dia ada dua elemen yang datang bersamanya, iaitu harap dan takut. Seperti Saidina Umar pernah berkata, "Jika ada datang suara dari langit mengatakan 'Semua orang akan masuk syurga kecuali seorang yang akan masuk neraka', maka aku takut itu adalah aku. Dan jika datang suara dari langit mengatakan 'Semua orang akan masuk neraka kecuali seorang yang akan masuk syurga', maka aku mengharap itu adalah aku".
Di sini nampak konsep takut dan harap itu, untuk mendapat cinta kepada Allah. Yang cakap tu Saidina Umar (bukan calang-calang orang...!). Beliau sendiri cakap, kalau ada seorang yang tak masuk syurga, dia takut sangat kalau-kalau dia adalah orang yang tak masuk kedalam syurga tu. Dan kalau ada seorang yang tak masuk neraka, maka dia harap-harap sangat yang orang itu adalah dia.


"Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran dan dirikanlah solat (dengan tekun); sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya) dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan. " (Al-Ankabuut, 29:45)

Allah dah janji dah.. yang solat dapat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar. Janji Allah tu, janji dari yang Haq.

Tengoklah kualiti solat kita. Berapa kerap kita berasa tenang dan khusyuk dalam solat kita? (ditujukan kepada diri sendiri juga..) Macam mana pakaian kita nak jumpa Allah, bersih dari najis ke? Wuduk kita, cukup ke kena air ke bahagian-bahagian yang kadang-kadang terlepas tu, kat siku, buku lali. Celah-celah jari dan yang lain-lainnya. Kalau wuduk tak sempurna, macam mana lah solatnya nak sempurna. Betul tak?

Jadi, kita perbaikilah solat kita. Kekhusyukkan kita dalam solat. Kesempurnaan dalam menuju solat kita dan dalam melaksanakan solat kita. Memang susah nak sempurna, tapi sebagai permulaan kita cuba lah untuk memperelokkan solat kita, lama-lama kita akan semakin elok amalan solat kita. Lebih teliti dalam wuduk. Lebih tumpukan perhatian dalam solat.

Kalau-kalau lah kita ini rasa tak tenang...

"...Ingatlah, Hanya dengan mengingati Allah sahajalah hati menjadi tenteram." (Ar- Ra'd, 13:28)

Ingatlah Allah selalu. Bacalah doa-doa harian, selalu berzikir dan berselawat. Setiap kali ingin melakukan sesuatu mulakanlah membaca Bismillah. Jadikan ia kebiasaan, amalan kita. Itu cara mudah untuk kita membiasakan diri mengingati Allah di setiap waktu. Andai kita dapat melaksanakan dan menambah amalan dan ibadat kita, itu adalah lebih baik.

Semoga kita sentiasa diberi kelapangan dan dipermudahkan dalam melaksanakannya, Amin.