Jika kita menyintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita. Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta…
Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika anda masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika anda masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan anda tidak mencintainya lagi jika anda masih tidak dapat melupakannya.
Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun dirinya telah dikecewakan. Kepada orang yang masih percaya, walaupun dirinya telah dikhianati. Kepada orang yang masih ingin mencintai, walaupun dirinya telah disakiti sebelumnya dan kepada orang yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.
Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga si dia meninggal dunia, lantaran akhirnya anda terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta anda kepada si dia ketika si dia masih ada.
Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.
Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu menjadi emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.
Sungguh menyakitkan bila anda mencintai seseorang yang tidak mencintai anda, tetapi lebih menyakitkan jika anda mencintai seseorang dan anda tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cinta anda kepada si dia.
Seandainya anda ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis atau jejaka, ibaratkanlah ia seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala anda mencium harum mawar tersebut tetapi kadangkala anda terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.
Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika anda bertemu seseorang yang sangat bererti bagi anda. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan anda harus membiarkannya pergi.
Kadangkala anda tidak menghargai orang yang mencintai anda sepenuh hati, sehinggalah anda kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi.
Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi kiranya anda benar menyintainya setulus hati.
Rasa percintaan lebih pahit dari hempedu .Teman percintaan ialah sayu dan pilu, namun demikian, dara dan teruna tetap berpusu-pusu terjerumus ke dalamnya kerana dianggap seperti lautan madu.
Hati-h ati dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta palsu.
Berkemungkinan apa yang anda sayangi atau cintai tersimpan keburukan di dalamnya dan berkemungkinan apa yang anda benci tersimpan kebaikan di dalamnya.
Cinta kepada harta ertinya bakhil, cinta kepada perempuan ertinya alam. Cinta kepada diri ertinya bijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup dan cinta kepada Allah ertinya takwa.
Lemparkan seorang yang sedang bahagia dalam bercinta ke dalam laut, pasti ia akan membawa seekor ikan. Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti, pasti ia akan mati kelaparan.
Seandainya anda dapat berbicara dalam semua bahasa manusia dan alam, tetapi tidak mempunyai perasaan cinta dan kasih, diri anda tak ubah seperti lauk yang tawar tak bergaram.
Cinta adalah keabadian.. dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dialami. Siapapun pandai menghayati cinta tapi tiada siapa yg pandai menilai cinta kerana cinta bukan objek yg boleh dilihat oleh mata kasar. Sebaliknya cinta hanya dapat dirasai melalui hati dan perasaan.
Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang anda cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang anda inginkan. Jika tidak, anda hanya mencintai pantulan diri sendiri yang anda temukan di dalam dirinya.
Anda tidak pernah tahu bila anda akan jatuh cinta. Namun apabila sampai saatnya, raihlah ia dengan kedua tanganmu. Jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya.
Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.
Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.
Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir. Cinta sesuatu yg mengasyikkan, ia boleh membuat kita hilang kewarasan fikiran. Cinta juga sebenarnya indah jika pandai menghayatinya. Sebaliknya cinta boleh jadi racun jika tersalah tempat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan